Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday 2 July 2013

Anak Didik ku Sayang

Ketahuilah oleh kamu bahawa pemergianmu sedikit sebanyak mengguris hati cikgu,terasa sedih dan pilu apabila terkenangkan keadaan diri dan kesudahan diri kamu berdua nanti.Sering persoalan datang,adakah kamu berdua pergi ke sekolah,adakah kamu sihat dan dapat belajar dengan baik,adakah guru yang akan mendidik kamu faham dengan keupayaan dan kesediaan kamu?Entahlah kadangkala cikgu rasa sunyi dan kehilangan ,bagi cikgu walaupaun kamu lambat memahami dan menguasai apa yang kamu pelajari tidak mengapa asalkan kamu rajin dan mahu berusaha,kamu pasti boleh.

Bagi cikgu tiada kata jemu atau bosan dalam membimbing dan mendidik kamu,kerna jiwa ini benar-benar luhur ingin membantu kamu.Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab cikgu keatas diri kamu berdua kerana itu tugas yang wajib cikgu pikul sebagai guru pemulihan.Demi Allah cikgu lakukan tugas ini dengan sebaik mungkin agar kamu mendapat ilmu yang sepatutnya,supaya  cikgu tidak dipersoal di akhirat kelak.Ini hari susah dan payah kamu,mana tahu sebaliknya suatu hari nanti.Bak kata orang hidup ini ibarat roda,kita tak selalu berada dipuncak.Semoga apa yang kita lalui kini akan mendapat keredaan dari Nya.

Apakan daya kini kamu berdua telah bertukar sekolah ,SK.Segambut, KL.Tak terdaya kita nak menahan takdir,pertukaran kamu telah banyak menyedar dan mengajar cikgu tentang kehidupanNiat cikgu nak mambantumu terbantut dan terhenti seketika.Hanya doa yang mampu cikgu panjatkan semoga kamu berdua sentiasa dalam lindungan Allah dan dapat belajar dengan baik dan seterusnya menjadi insan yang berjaya dan berguna suatu ketika nanti.Hanya satu pinta cikgu,kenangilah cikgu dan doakanlah kesejahteraan cikgu.Semoga kita akan bertemu lagi jika diizinkan Allah.

Pemulihan Linus Tegar



Monday 13 May 2013

LADAP TEKNIK PEMBINAAN BLOG

Assalamualaikum.
Hari ini  14hb Mei 2013 mengikuti kursus pembinaan blog yang disampaikan oleh Encik Fadhil di Makmal Komputer SEWAJA.Bagus juga ,boleh mengingati kembali bagaimana nak  muat turun bahan dalam blog.Belajar SEM 2 dulu,banyak dah lupa.

Ha..ha.ha member lain pun lupa juga,puas cari nak mengingati semula.Tapi seronok juga tua-tua baru nak belajar ,nasib baik  juga melanjutkan pelajaran kalau tak langsung tak tahu apa...hi..hi.

Wednesday 18 April 2012

RPH Pemulihan Khas Bahasa Melayu


1.4 Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : 2 Cemerlang
Tarikh : 17 JULAI 2011
Hari : Rabu
Masa : 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Bil. Murid : 4 orang
Tajuk : Benda Di Sekeliling Kita

Kumpulan
Cemerlang

Nama Murid
1. Mohd Yusof
2.Noraliana
3. Rozei Nazirah
4. Mohd. Isma Danial

Kemahiran
Perkataan KVKV
Objektif
-Pada akhir
 pengajaran
dan
pembelajaran
murid dapat




-Menulis suku kata awalan atau akhiran yang tertinggal berdasarkan gambar.
- Mengeja dan membatang
sekurang-kurangnya lima
perkataan KVKV dengan
betul.

Pengetahuan
Sedia Ada



- Murid sudah mempelajari kemahiran KVKV
dalam sesi pembelajaran terdahulu.
Bahan Bantu
Mengajar





1. Lembaran kerja 1.(suku kata awal)
2. Lembaran kerja 2. (suku kata akhir)
3. Lembaran kerja 3.(suku kata awal)
4. Lembaran kerja 4 (suku kata akhir)
5. Permainan berunsur pendidikan – Jigsaw Puzzle (Dam Ular)


Isi Pelajaran
Cemerlang
Set Induksi
(5 minit)
Guru merangsang murid mengenai keadaan di persekitaran kelas.
Rangsangan guru :
1. Namakan benda yang kamu lihat dalam kelas?
Jawapan jangkaan murid :
1. paku.
2. raga
3. Lori
4. guru
5.roda
6.peti
7.dadu
8.biji
- Guru mengaitkan aktiviti dengan isi pelajaran pada hari ini.
Langkah 1
(15 minit)
Permainan
- Guru menerangkan cara
permainan.
- Murid dikehendaki
mencantumkan jigsaw puzzle
menjadi sebuah Dam Ular.
- Dadu akan dilontar. Buah murid
akan bergerak di atas dam
mengikut jumlah mata yang
diperoleh.
- Sesetengah tempat di atas dam
ular terdapat satu soalan.
- Murid dikehendaki menjawab
soalan yang tertera apabila tiba
di tempat tersebut.
- Pemenang akan dipilih berdasarkan siapa yang berjaya
menamatkan permainan lebih awal.

Pengajaran
- Guru menunjukkan kad
perkataan KV+KV kepada
murid.
- Murid dibimbing untuk mengeja
dan membatang perkataan
dengan betul.
- Guru menunjukkan pelbagai lagi
kad perkataan.
- Murid melakukan aktiviti serupa.
- Guru menguji kefahaman murid
dengan meminta murid mengeja
perkataan tanpa bantuan kad.
Langkah 2
(20 minit)
Pengajaran
- Guru menunjukkan kad perkataan
KV+KV kepada murid.
- Murid dibimbing untuk mengeja
dan membatang perkataan
dengan betul.
- Guru menunjukkan pelbagai lagi
kad perkataan.
- Murid melakukan aktiviti serupa.
- Guru menguji kefahaman murid
dengan meminta murid mengeja
perkataan tanpa bantuan kad.
Latihan
- Guru mengedarkan lembaran
kerja 3 kepada murid.
- Murid dikehendaki menulis suku
kata awal yang tertinggal
berdasarkan gambar.
- Guru dan murid
membincangkan jawapan.
- Guru mengedarkan lembaran
kerja 4 kepada murid.
- Murid dikehendaki menulis suku
kata akhir yang tertinggal
berdasarkan gambar.
- Guru dan murid
membincangkan jawapan.
Langkah 3
(15 minit)
Latihan
- Guru mengedarkan lembaran
kerja 3 kepada murid.
- Murid dikehendaki menulis suku
kata awal yang tertinggal
berdasarkan gambar.
- Guru dan murid membincangkan
jawapan.
- Guru mengedarkan lembaran
kerja 4 kepada murid.
- Murid dikehendaki menulis suku
kata akhir yang tertinggal
berdasarkan gambar.
- Guru dan murid membincangkan
jawapan.
Permainan
- Guru menerangkan cara
permainan.
- Murid dikehendaki
mencantumkan jigsaw puzzle
menjadi sebuah Dam Ular.
- Dadu akan dilontar. Buah murid
akan bergerak di atas dam
mengikut jumlah mata yang
diperoleh.
- Sesetengah tempat di atas dam
ular terdapat satu soalan.
- Murid dikehendaki menjawab
soalan yang tertera apabila tiba
di tempat tersebut. - Pemenang akan dipilih
berdasarkan siapa yang berjaya
menamatkan permainan lebih
awal.

Penutup
(5 minit)
- Guru meminta murid merumus isi pelajaran pada hari ini.
- Guru memuji kerjasama yang diberikan oleh murid.



Refleksi :

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------






Tuesday 17 April 2012

Menjawab soalan pemahaman

Rajoo dan bola

Ini Rajoo.
Rajoo ada sebiji bola.
Ayah hadiahkah Rajoo sebiji bola.
Rajoo bermain bola pada waktu petang.
Rajoo bermain bola di padang bersama kawan-kawannya.

Jawab semua soalan di bawah.

1.Ini siapa?
    _________________________
2.Rajoo ada apa?
    _________________________
3.Siapa hadiahkan Rajoo bola?
    _________________________
4.Bila Rajoo bermain bola?
    _________________________
5.Dimana
Rajoo bermain bola?

    ________________________
 Ini Rajoo.
Rajoo ada sebiji bola.
Ayah hadiahkah Rajoo sebiji bola.
Rajoo bermain bola pada waktu petang.
Rajoo bermain bola di padang bersama kawan-kawannya.


Ini Rajoo.
RIni Rajoo.
Rajoo ada sebiji bola.
Ayah hadiahkah Rajoo sebiji bola.
Rajoo bermain bola pada waktu petang.
Rajoo bermain bola di padang bersama kawan-kawannya. ajoo ada sebiji bola.
Ayah hadiahkah Rajoo sebiji bola.
Rajoo bermain bola pada waktu petang.
Rajoo bermain bola di padang bersama kawan-kawannya.