Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday 2 July 2013

Anak Didik ku Sayang

Ketahuilah oleh kamu bahawa pemergianmu sedikit sebanyak mengguris hati cikgu,terasa sedih dan pilu apabila terkenangkan keadaan diri dan kesudahan diri kamu berdua nanti.Sering persoalan datang,adakah kamu berdua pergi ke sekolah,adakah kamu sihat dan dapat belajar dengan baik,adakah guru yang akan mendidik kamu faham dengan keupayaan dan kesediaan kamu?Entahlah kadangkala cikgu rasa sunyi dan kehilangan ,bagi cikgu walaupaun kamu lambat memahami dan menguasai apa yang kamu pelajari tidak mengapa asalkan kamu rajin dan mahu berusaha,kamu pasti boleh.

Bagi cikgu tiada kata jemu atau bosan dalam membimbing dan mendidik kamu,kerna jiwa ini benar-benar luhur ingin membantu kamu.Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab cikgu keatas diri kamu berdua kerana itu tugas yang wajib cikgu pikul sebagai guru pemulihan.Demi Allah cikgu lakukan tugas ini dengan sebaik mungkin agar kamu mendapat ilmu yang sepatutnya,supaya  cikgu tidak dipersoal di akhirat kelak.Ini hari susah dan payah kamu,mana tahu sebaliknya suatu hari nanti.Bak kata orang hidup ini ibarat roda,kita tak selalu berada dipuncak.Semoga apa yang kita lalui kini akan mendapat keredaan dari Nya.

Apakan daya kini kamu berdua telah bertukar sekolah ,SK.Segambut, KL.Tak terdaya kita nak menahan takdir,pertukaran kamu telah banyak menyedar dan mengajar cikgu tentang kehidupanNiat cikgu nak mambantumu terbantut dan terhenti seketika.Hanya doa yang mampu cikgu panjatkan semoga kamu berdua sentiasa dalam lindungan Allah dan dapat belajar dengan baik dan seterusnya menjadi insan yang berjaya dan berguna suatu ketika nanti.Hanya satu pinta cikgu,kenangilah cikgu dan doakanlah kesejahteraan cikgu.Semoga kita akan bertemu lagi jika diizinkan Allah.

No comments:

Post a Comment