Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday 11 April 2012

Nostalgia Guru Pemulihan

Tahun2004 ,bertukar ke SK Hj Wan Jaafar dan telah menjadi guru pemulihan sepenuh masa. Dilantik secara rasmi pada tahun2007.Bagiku tugas sebagai guru pemulihan amat mencabar dan menguji keimananku.Aku kena tabah walaupun apa yang kuhadapi mungkin tampak mudah pada pandangan orang lain tetapi bagiku amat sukar dan memerlukan kebolehan dan daya tahan bagi menghadapi kerenah yang berbagai ragam.Aku bersyukur kerana selama aku bertugas sebagai guru pemulihan ,aku mendapat seorang  pembimbing yang sering meniupkan  semangat untuk aku tabah menjalani tugas seharianku.Beliau ialah ma ntan Guru Besar ku iaitu Ibu Zaharah.Kini beliau telah berpencen .Bagiku tida insan lain yang boleh menggantikan tempat dia.Setiap kali aku terkenangkannya sebak rasa di dada namun terpaksa kutahan jua.Kata-kata nasihatnya masih terngiang ditelingaku.Lakukan tugas kita sehabis baik walau dimana kita berada untuk kepuasan diri dan untuk kejayaan anak didik tercinta.Abdikan diri pada Tuhan,kerana Tuhan maha mengetahui setiap niat baik kita.Ketiadaan beliau aku terasa sunyi kerana tiada lagi pengunjung setia yang akan datang melihat kelas dan apa yang aku lakukan  untuk anak didik disamping tidak kedekut melontarkan nasihat dan teguran yang membina.Aku selalu mendoakan kesejahteraanmu,jasa baik mu sentiasa aku hargai.

No comments:

Post a Comment